Walaupun Dikecam Hebat, JPJ Teruskan Operasi Lampu Strob, HID, Nombor Plat
Walaupun Dikecam Hebat, JPJ Teruskan Operasi Lampu Strob, HID, Nombor Plat
IdaMan
Walaupun Dikecam Hebat, JPJ Teruskan Operasi Lampu Strob, HID, Nombor Plat
JPJ teruskan operasi lampu strob, HID, nombor plat |
Menurut JPJ, operasi nombor pendaftaran pula akan diteruskan dengan memberi fokus hanya terhadap pesalah yang melanggar undang-undang secara serius sahaja.
"Penguatkuasaan dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang yang berkaitan dengan nombor pendaftaran, lampu HID dan strob adalah berlandaskan keutamaan terhadap pengguna jalan raya.
"Dengan ini, JPJ akan meningkatkan usaha advokasi untuk memastikan masyarakat memahami akan pentingnya mematuhi garis panduan ini," kata JPJ dalam kenyataan hari ini.
Operasi itu penting kerana maklumat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan kesalahan seperti melanggar had laju, melanggar lampu isyarat merah, penggunaan telefon sewaktu memandu dan lain-lain kesalahan memberi kesan kepada keselamatan pengguna jalan raya.
"Kamera penguatkuasaan pada masa ini tidak mampu mengesan pesalah-pesalah yang menggunakan nombor pendaftaran yang tidak menepati spesifikasi," katanya.
- Bernama
Operasi nombor plat: Pulangkan wang pemandu yang disaman
Berikutan arahan Kementerian Pengangkutan agar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghentikan operasi ‘memburu’ nombor plat tidak mengikut ukuran, seharusnya JPJ turut diarahkan memulangkan kembali wang pemandu yang disaman, kata Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Mengalu-alukan keputusan itu beliau berkata, operasi yang bermula 1 November lalu itu disambut kritikan oleh rakyat ekoran penguatkuasaannya yang terlalu ketat.
“Orang ramai merungut bahawa jika berpandukan spesifikasi JPJ, kemungkinan lebih 80 peratus kenderaan akan gagal. Persoalannya, perlukah penguatkuasaan begitu ketat sedangkan ia bukanlah faktor kepada kemalangan.
“Maka saya menyambut baik arahan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai agar JPJ menggantung operasi itu.
“Beliau juga patut mengarahkan agar wang dikembalikan segera kepada pemilik kenderaan yang telah disaman,’ kata Teresa dalam satu kenyataan.
Menurut Teresa, arahan yang disampaikan melalui surat kepada JPJ semalam, tanpa menyatakan tarikh ia akan dijalankan semula.
Ia berikutan kritikan orang ramai sepanjang minggu ini berhubung operasi JPJ yang terlalu cerewet sehingga mengukur saiz setiap huruf dan nombor plat kenderaan, kononnya bagi memastikan ia mengikut garis panduan.
Mengulas lanjut, Teresa yang juga Naib Presiden DAP berkata, kritikan orang ramai adalah kerana langkah JPJ itu bukan perkara utama yang perlu dilakukan bagi mencegah kemalangan, selain kekeliruan garis panduan berhubung nombor plat yang mengikut piawaian.
“JPJ sepatutnya menumpukan usaha dan masa mereka antaranya untuk menjalankan ujian dadah ke atas pemandu bas ekspres, misalnya,” katanya.
‘Bincang dengan pengilang kereta’
Dalam pada itu beliau mencadangkan Kementerian Pengangkutan berbincang dengan pengilang kereta untuk menyiapkan plat kenderaan yang mengikut piawaian.
“(Ini kerana) majoriti pemilik kenderaan tidak pernah mengubahsuai nombor plat mereka. Plat sudah tersedia ketika kereta dibeli.
“Dalam kes sebegitu, adilkah untuk mendenda pemilik?” soal Teresa.
- Roketkini
0 Response to "Walaupun Dikecam Hebat, JPJ Teruskan Operasi Lampu Strob, HID, Nombor Plat"
Post a Comment