Kisah Polis Baik Hati, Mengganti Basikal Seorang Kanak-kanak Yang Dicuri
Kisah Polis Baik Hati, Mengganti Basikal Seorang Kanak-kanak Yang Dicuri
indah.com
Kisah Polis Baik Hati, Mengganti Basikal Seorang Kanak-kanak Yang Dicuri
17 November 2014
Foto: copyright Kfor.com.
Vemale.com - Bagi Weaver, basikalnya adalah benda yang paling ia sayangi. Kanak-kanak berusia 13 tahun ini menunggang basikalnya ke sekolah, dan ke tempat-tempat yang baginya menyenangkan. Namun dia sangat sedih ketika beberapa waktu yang lalu, bsikalnya dicuri orang.
Ingin mendapatkan kembali basikalnya yang telah dicuri, Weaver melaporkan kehilangannya ke balai polis terdekat.
"Ketika seseorang mencurinya dariku, seorang jiran mengatakan bahawa aku harus melaporkan pencurian tersebut," ungkap Weaver, seperti dilansir kfor.com.
Weaver lantas membuat laporan di balai polis Oklahoma. Seorang polis bernama John Idlett menerima laporan kanak-kanak itu dengan baik. Dan yang mengejutkan, John tidak hanya menerima dan menindaklanjuti pelaporan itu sebagaimana mestinya.
Polis ini tahu bahawa bsikal itu sangat penting ertinya bagi Weaver, kerana itu John kemudian membeli sebuah basikal baru dan menghantarkannya ke rumah kanak-kanak itu. Keluarga Weaver sangat terkejut sekaligus gembira. Mereka sangat bersyukur polis yang bertugas mengamankan daerah mereka ternyata sangat bertanggung jawab dan menganggap pencurian tersebut adalah tanggung jawabnya.
Alangkah indahnya dunia ini bila semua orang memiliki kebaikan hati serta tanggung jawab seperti yang dimiliki oleh John sang polis, terutama para pejabat yang pekerjaannya melayani masyarakat luas.
0 Response to "Kisah Polis Baik Hati, Mengganti Basikal Seorang Kanak-kanak Yang Dicuri"
Post a Comment