Ahmad Maslan Minta Rafizi Jangan Panjangkan Isu 1MDB
Ahmad Maslan Minta Rafizi Jangan Panjangkan Isu 1MDB
IdaMan
Ahmad Maslan Minta Rafizi Jangan Panjangkan Isu 1MDB
[mk]- Datuk Ahmad Maslan menggesa MP Pandan Rafizi Ramli supaya tidak memanjangkan usahanya untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan kerana timbalan menteri kewangan itu mengganggap perkara itu "telah selesai."
Rafizi, tidak hadir ke parlimen hari ini sekalipun Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersedia untuk membut keputusan.
Bagaimanapun, Pandikar Amin turut berkata bahawa Rafizi tidak menyerahkan dokumen yang diminta oleh beliau.
Ahmad berkata beliau telah menyerahkan kepada speaker semua dokumen yang relevan untuk menjawab segala tuduhan Rafizi yang mendakwa MP Pontian itu mengelirukan berhubung kontrversi surat sokongan untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya menganggap kes ini telah selesai dan menganggap pembangkang tidak berupaya untuk mempertahankan dakwaan (yang dibuat)," kata Ahmad kepada pemberita di lobi parlimen.
"Jika Rafizi sakit, saya berharap beliau segera sembug supaya kita dapat menyelesaikan perkara ini," katanya lagi.
Rafizi serah dokumen, rujuk Ahmad Maslan ke JK Hak
[hd]- Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah menyerahkan dokumen-dokumen sokongan seperti yang diminta oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung usul yang beliau failkan untuk merujuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Rakyat kerana memberi kenyataan yang salah berhubung tanggungan kewangan Kerajaan Persekutuan terhadap hutang-hutang 1MDB.
Katanya, dokumen itu disertakan bersama untuk makluman pihak media.
"Saya tidak dapat hadir di Dewan Rakyat pada hari ini kerana masih lagi uzur akibat viral fever sejak beberapa hari yang lalu," ujarnya dalam satu kenyataan.
Pun begitu, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan kejujuran yang dipertua dan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memutuskan perkara itu dengan seadilnya.
Beliau sedia maklum kenyataan media Ahmad Maslan yang berpendapat perkara itu sepatutnya tidak dipanjangkan.
Namun, katanya soal hutang 1MDB adalah soal negara dan rakyat yang terbesar yang perlu terus diberikan perhatian, bukannya ditutup dengan mudah.
Walau apapun keputusan yang dipertua mengenai usul itu, Rafizi dan rakan ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain akan terus memberi perhatian membongkarkan masalah hutang 1MDB.
0 Response to "Ahmad Maslan Minta Rafizi Jangan Panjangkan Isu 1MDB"
Post a Comment